Selamat Datang

Terima Kasih

Wednesday 23 May 2012

Tiada Rezeki Lagi

Terima kasih kepada jawatankuasa D'Cafe skfjb kerana sudah memberi komitmen yang membanggakan bagi memastikan D'Cafe menjadi sungguh ceria dan eksklusif. Sumbangan tenaga, metarial anda amat-amat dihargai. Semoga penat lelah anda semua akan mendapat pengiktirafan di sisi Allah s.w.t walaupun nampaknya pada tahun ini belum dapat iktiraf sebagai D"Cafe terbaik dalam pertandingan keceriaan hari guru 2012. Sesungguhnya ia memberi suntikan semangat agar pada masa akan datang kebersihan dan kecerian terus dipertingkatkan bukan sahaja untuk memperolehi anugerah malah yang lebih penting adalah supaya murid-murid dapat menjamak makanan dalam suasana yang menyelerakan serta dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini seperti keracunan makan dan sebagainya. " D'Cafe Pandang Pertama, Membuka Selera " adalah diharap tidak tinggal sebagai selogan semata-mata.


Saturday 12 May 2012

Perasmian D'Cafe

Hari ini berlangsung program penjenaam semula kanti sekolah dengan memberi nama baru kanti iaitu D'Cafe.
Adalah diharapkan dengan penukaran atau penjenamaan semula kantin ini akan menjadikan kantin skfjb antara kantin terbaik dengan menampilkan ciri-ciri kebersihan terutama ketika mengendalikan makanan dan disamping itu meningkatkan keceriaan kantin agar memberi keselesaan kepada semua warga sekolah.

Program ini akan disempurnakan sendiri oleh Tuan Guru besar Pn Hjh Zaiton Bt Mohd Yusoff.